Tarikh Kuat Kuasa: 1 December 2018

Untuk membaca mengenai Dasar Polisi ini dalam Bahasa Malaysia, sila klik di sini.

Untuk membaca mengenai Dasar Polisi ini dalam Bahasa Indonesia, sila klik di sini.

DASAR PRIVASI KEISTIMEWAAN TIDAK TERNILAI

Mastercard menghormati privasi anda. Dasar Privasi ini menerangkan cara kami memproses data peribadi, jenis-jenis data peribadi yang kami kumpul, tujuan data peribadi anda digunakan, dengan siapa kami berkongsi data peribadi anda, dan pilihan yang anda boleh buat berhubung dengan penggunaan data peribadi anda oleh kami. Kami juga menerangkan langkah-langkah yang kami ambil untuk melindungi keselamatan data peribadi itu dan bagaimana anda boleh menghubungi kami mengenai amalan privasi kami.

Mastercard Asia/Pacific Pte Ltd (“Mastercard”) adalah syarikat yang bertanggungjawab memproses data peribadi anda dalam konteks Keistimewaan Tidak Ternilai (“Program”). Lawatan anda ke specials.priceless.com (“Laman Web”) dan penyertaan anda dalam Program tersebut adalah tertakluk kepada Dasar Privasi ini dan Syarat-syarat Penggunaan kami.

Dasar Privasi ini digunapakai untuk data peribadi yang dikumpul melalui Program dan Laman Web sahaja. Dasar ini tidak merangkumi pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda melalui sebarang laman web berjenama Mastercard atau pengeluar Kad Mastercard anda (contohnya, bank anda) atau sebarang maklumat atau komunikasi lain yang merujuk kepada Mastercard di luar Program (contohnya, komunikasi daripada pihak bank, pengeluar kad). Untuk maklumat lanjut mengenai amalan privasi Mastercard di luar lingkungan Program ini, sila layari Dasar Privasi Global kami di mastercard.com.

Kanak-kanak dan orang bawah umur (berumur kurang daripada 18 tahun) tidak layak mendaftar dalam Program.

Klik pada salah satu daripada pautan di bawah untuk melompat ke bahagian yang disenaraikan:

  1. Data Peribadi Yang Kami Kumpul dan Bagaimana Kami Menggunakannya
    1.1 Data Peribadi Yang Anda Berikan Kepada Kami Secara Langsung
    1.2 Data Peribadi Yang Kami Kumpul Secara Automatik
  2. Hak dan Pilihan Anda
  3. Maklumat yang Kami Berkongsi
  4. Pemindahan Data
  5. Pautan ke Laman Web Lain
  6. Keselamatan Data
  7. Kemas Kini Dasar Privasi Ini
  8. Cara Untuk Menghubungi Kami

1. Data Peribadi yang Kami Kumpul dan Bagaimana Kami Menggunakannya

Kami mengumpul data peribadi dalam konteks Program ini. Data peribadi bermaksud “sebarang maklumat yang berkaitan dengan orang sebenar yang dapat dikenal pasti atau yang dikenal pasti”. Data peribadi yang kami proses adalah data yang diberikan oleh anda secara langsung atau dikumpul secara automatik.

1.1 Data Peribadi Yang Anda Berikan kepada Kami Secara Langsung

Data peribadi yang diberikan oleh anda secara langsung kepada kami akan diproses dan hanya digunakan bagi tujuan yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini. Anda tidak diwajibkan untuk memberikan data peribadi dalam konteks Program ini, kecuali ditandakan sebaliknya bagi tujuan untuk membolehkan kami menyediakan anda dengan perkhidmatan kami. Jika anda memilih untuk tidak memberikan data anda, ini mungkin akan menjejaskan cara anda melayari Laman Web atau perkhidmatan-perkidmatan yang kami dapat tawarkan kepada anda. Sila rujuk maklumat di bawah mengenai cara anda boleh menyediakan data tersebut, jenis-jenis data yang anda boleh serah, dan cara kami menggunakan data tersebut.

Pertanyaan Dalam Talian / Borang Tempahan: Anda mungkin ingin menyerahkan permintaan untuk menerima tawaran atau pengalaman melalui borang pertanyaan dalam talian dan borang tempahan. Sekiranya diminta oleh anda, kami akan mengumpul dan seterusnya memindahkan data peribadi anda seperti nama, alamat emel, nombor telefon, sembilan digit pertama kad bayaran anda, nama pengeluar kad dan negara kepada saudagar yang anda telah meminta tawaran atau pengalaman dan saudagar tersebut akan menghubungi anda untuk memenuhi permintaan anda.

Perkhidmatan Pelanggan: Jika anda hubungi kami melalui nombor khidmat pelanggan kami atau alamat emel kami, anda mungkin dikehendaki untuk menyediakan maklumat peribadi (seperti nama anda, alamat emel, nombor telefon, sembilan digit pertama kad bayaran anda, nama pengeluar, negara dan tawaran atau pengalaman yang anda berminat dalam) untuk membolehkan kami menghubungi anda untuk menjawab pertanyaan anda, membantu menyelesaikan kemusykilan dan memberikan khidmat pelanggan. Panggilan anda mungkin juga akan dirakam untuk pemantauan, mutu dan tujuan latihan.

1.2 Data Peribadi Yang Kami Kumpul Secara Automatik

Kami mungkin mengumpul maklumat tertentu secara automatik (contohnya, kuki, fail log, penanda web) apabila anda menyertai Program ini. Data yang dikumpulkan secara automatik akan diproses untuk memperbaikan Program, menjalankan analisis data untuk menilaikan penggunaan Program dan sebarang interaksi dengan laman lain (contohnya laman media sosial), dan menyediakan anda maklumat dan perkhidmatan yang terbaik. Maklumat yang kami kumpulkan dengan cara ini memberitahu kami, contohnya, berapa ramai pengguna yang melawat laman web kami dan halaman yang dicapai, sama ada anda pernah melawat kami atau jika anda adalah pelawat baharu, dan membantu kami untuk mengenal pasti ciri-ciri yang anda mempunyai minat terbesar. Maklumat ini juga membolehkan kami membuat perbaikan dan untuk memperhebatkan pengalaman anda.

Fail log dan alamat IP: Fail log adalah fail pelayan web (mengandungi maklumat seperti nama domain atau alamat IP, URL, kod tindak balas http, laman web dari mana anda melawat kami atau tarikh dan tempoh lawatan anda) yang dihasilkan secara automatik apabila pengguna Internet melawat laman web. Alamat IP adalah pengenal pasti unik di mana peranti elektronik tertentu menggunakan untuk mengenal pasti dan berkomunikasi sesama lain di Internet. Apabila anda melawat Laman Web, kami mungkin mengumpul alamat IP peranti yang anda gunakan untuk menyambung ke Internet. Contohnya, apabila anda meminta halaman dari Laman Web, pelayan kami mencatat alamat IP anda. Dengan kombinasi dengan data lain, maklumat ini membantu kami untuk membelajari jenis halaman yang paling menarik kepada pelawat kami, yang mana produk kami paling diminati oleh para pelanggan kami, dan jenis tawaran yang ingin dilihati oleh pelanggan kami. Sebagai tambahan, fail log membantu kami untuk mengesan gangguan kepada peralatan telekomunikasi dan untuk mengesan penyalahgunaan perkhidmatan kami.

Kuki, Penanda Web dan Penjejakan Emel: Untuk meningkatkan pengalaman anda dan Program ini, kami juga boleh menggunakan kuki, penanda web dan penjejakan emel dalam konteks Program ini.

2. Hak dan Pilihan Anda

Anda mempunyai hak untuk menerima maklumat mengenai data yang disimpan mengenai anda dan untuk mengakses data peribadi anda dengan menggunakan maklumat hubungan yang disediakan di bahagian "Cara untuk Menghubungi Kami" di bawah. Anda juga boleh meminta pada bila-bila masa supaya data peribadi anda diperbetulkan, disekat atau dipadam jika data berkenaan adalah tidak betul, tidak tepat atau telah lapuk. Berhubung dengan sebarang permintaan anda untuk pengaksesan, pembetulan atau pemadaman data, kami akan menyesuaikan pertanyaan anda seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang dikenakan. Pada bila-bila masa, anda boleh membantah atas sebab-sebab yang munasabah berkaitan dengan situasi khusus anda untuk pemprosesan data peribadi anda oleh Mastercard, kecuali apabila kalau tidak diperuntukkan oleh undang-undang yang dikenakan.

Anda boleh pada bila-bila masa, dan secara percuma, memilih untuk tidak menerima emel pemasaran daripada kami dengan menggunakan pilihan pilih keluar yang disediakan dalam setiap komunikasi pemasaran elektronik atau dengan menggunakan butiran hubungan yang disediakan di bahagian "Cara untuk Menghubungi Kami" di bawah. Anda juga boleh memilih untuk tidak menerima emel pemasaran dari Mastercard dengan mengklik di sini.

Anda boleh memilih untuk tidak memiliki nombor pengenalan kuki unik di komputer anda untuk mengelakkan pengagregatan dan analisis data terkumpul di Laman ini. Jika anda ingin memilih keluar, klik di sini. Kebanyakan pelayar akan memaklumkan anda cara untuk menghentikan penerimaan kuki baharu, cara untuk dimaklumkan apabila anda menerima kuki baharu dan cara untuk melumpuhkan kuki yang wujud. Ataupun, anda boleh memilih keluar di http://www.aboutads.info/choices/. Untuk mempelajari lebih lanjut mengenai Kuki, sila lawati http://www.aboutads.info/choices/ atau http://www.adobe.com/privacy/opt-out.html. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa tanpa kuki anda mungkin tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya semua ciri-ciri laman web kami.

3. Maklumat Yang Kami Berkongsi

Kami tidak akan mendedahkan data peribadi yang dikumpul dalam konteks Program, kecuali yang diterangkan di sini.

Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan ibu pejabat dan anggota gabungan kami, termasuk Mastercard International Inc. Kami juga mungkin berkongsi data peribadi anda dengan penyedia perkhidmatan yang kami kekalkan untuk menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami dan berkaitan dengan tujuan yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini. Contohnya termasuk saudagar-saudagar yang anda telah meminta tawaran atau pengalaman, pembekal platform operasi kami, pembekal perkhidmatan e-mel dan perkhidmatan pelanggan atau pembekal pusat panggilan. Apabila kami menggunakan pembekal perkhidmatan pihak ketiga, kami mengambil semua langkah-langkah yang perlu untuk memastikan tahap perlindungan data yang tinggi. Kami memerlukan mereka hanya memproses data menurut arahan kami dan untuk memastikan keselamatan data. Pembekal perkhidmatan tersebut tidak dibenarkan oleh kami untuk menggunakan atau mendedahkan maklumat, kecuali diperlukan untuk melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami atau mematuhi keperluan undang-undang.

Selain itu, kami mungkin mendedahkan data peribadi anda (i) jika kami diwajibkan untuk berbuat demikian oleh undang-undang atau menurut proses undang-undang, (ii) dalam maklum balas terhadap permintaan daripada mahkamah, pihak berkuasa undang-undang atau pegawai-pegawai kerajaan, atau (iii) apabila kami percaya pendedahan adalah perlu atau wajar untuk mencegah kecederaan fizikal atau kehilangan kewangan atau berkaitan dengan penyiasatan aktiviti jenayah sebenar atau yang disyaki.

Kami berhak memindahkan sebarang data anda jika kami menjual atau memindahkan semua atau sebahagian daripada perniagaan atau aset kami. Jika berlaku penjualan atau pemindahan tersebut, kami akan berikhtiar untuk menggunakan usaha-usaha yang wajar untuk memastikan penerima pindahan menggunakan data peribadi yang anda berikan melalui Program dengan cara yang selaras dengan Dasar Privasi ini.

4. Pemindahan Data

Pemindahan data peribadi di luar negara anda mungkin tertakluk kepada penyekatan. Jika kami memindahkan data peribadi di luar negara anda, kami mengambil semua langkah-langkah yang perlu untuk memastikan pematuhan dengan undang-undang perlindungan data yang berkenaan, khususnya, keperluan undang-undang mengenai perlindungan yang mencukupi untuk pemindahan data ke negara-negara di luar negara anda.

Dalam konteks program ini, Mastercard mungkin memindahkan dan memproses data peribadi anda dalam pangkalan data di luarnegara yang anda sedang menetap.

Kami mematuhi keperluan undang-undang yang berkaitan menyediakan perlindungan yang secukupnya dalam pemindahan maklumat peribadi ke negara-negara di luar Kawasan Ekonomi Eropah ("EEA") atau Switzerland.

Khususnya, kami telah menyediakan dan melaksanakan satu set Peraturan-Peraturan Korporat Terikat ("BCRs") yang telah diiktiraf oleh pihak berkuasa perlindungan data EEA sebagai perlindungan yang mencukupi untuk melindungi maklumat peribadi yang kami proses di peringkat global. Satu salinan BCRs kami boleh didapati di sini.

5. Pautan ke Laman Web Lain

Di Laman Web, kami menyediakan pautan ke laman web lain untuk kemudahan anda. Khususnya, Program akan mengandungi pautan kepada saudagar di mana tawaran yang anda mungkin berminat dalam. Laman-laman tersebut beroperasi secara bebas daripada Program dan bukan di bawah kawalan kami. Laman-laman tersebut mungkin memiliki dasar privasi mereka sendiri, di mana kami sungguh mencadangkan kepada anda untuk menyemak semula apabila anda melawat mereka. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman-laman tersebut, sebarang produk atau perkhidmatan yang mungkin ditawarkan melalui laman-laman tersebut, aktiviti-aktiviti pemprosesan data yang dikendalikan melalui laman-laman tersebut, atau sebarang penggunaan lain laman-laman tersebut.

6. Keselamatan Data

Kami mengekalkan perlindungan pentadbiran, teknikal dan fizikal yang wajar untuk melindungi data peribadi terhadap pemusnahan yang tidak disengajakan atau menyalahi undang-undang, kerugian yang tidak sengaja, pengubah tanpa izin, pendedahan atau pengaksesan tanpa izin, penyalahgunaan, dan sebarang bentuk pemprosesan data peribadi lain yang menyalahi undang-undang dalam pemilikan kami.

Apabila anda menyediakan data peribadi secara dalam talian, kami mengunakan piawai industri untuk penyulitan di Internet - teknologi Lapisan Soket Selamat (SSL) - untuk membantu melindungi maklumat yang anda berikan. Piawai penyulitan Internet ini mengarau data sambil ia berjalan daripada peranti anda kepada pelayan kami. Anda akan sedar bahawa anda berada dalam kawasan yang selamat di Laman tersebut apabila ikon kunci muncul di skrin anda bahawa awalan “http” di alamat URL kami berubah kepada “https. ” Huruf “s” mewakili “selamat”.

Walau bagaimanapun, sila ambil maklum bahawa pengumpulan atau pemindahan data tidak boleh dijamin sebagai 100% selamat. Oleh itu, walaupun kami berusaha untuk melindungi data peribadi anda, kami tidak boleh menjamin atau mewajarkan keselamatan sebarang penghantaran data.

Kami tidak akan menanya anda untuk kata laluan anda dalam sebarang komunikasi tanpa diminta (termasuk perhubungan yang tidak diminta, seperti surat, panggilan telefon atau mesej e-mel). Jika anda percaya bahawa nama pengguna dan kata laluan anda telah dikompromi, sila hubungi kami dengan mengikuti arahan yang disediakan dalam bahagian “Cara untuk Menghubungi Kami” di bawah.

7. Kemas Kini Dasar Privasi Ini

Dasar Privasi ini mungkin dikemas kini secara berkala dan tanpa notis terdahulu kepada anda untuk menggambarkan perubahan dalam amalan privasi kami. Kami akan memaparkan notis yang menonjolkan di laman web kami untuk memaklumkan anda mengenai sebarang perubahan ketara terhadap Dasar Privasi kami dan mengindikasikan waktu pengemaskinian terbaru di bahagian atas notis.

8. Cara Untuk Menghubungi Kami

Jika anda ingin (i) mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara kami memproses data peribadi anda atau mengakses data peribadi anda; (ii) membetulkan, menyekat atau menghapuskan sebarang data peribadi yang berkaitan anda; (iii) menarik persetujuan yang diberikan oleh anda untuk jenis pemprosesan data tertentu; (iv) mengeluarkan alamat emel anda daripada senarai mel kami; atau (v) jika anda mempunyai sebarang persoalan, aduan, ulasan atau kemusykilan mengenai amalan privasi kami, sila hubungi kami melalui emel di privacyanddataprotection@mastercard.com atau menghantar surat kepada:

Pegawai Privasi & Penggunaan Data
Mastercard Asia/Pacific Pte Ltd
3 Fraser Street Level 17
DUO Tower
Singapore 189352

Kami akan menyiasat pertanyaan, permintaan atau aduan anda, dan membalas kepada anda menurut keperluan undang-undang tempatan. Untuk semua pertanyaan lain mengenai kad Mastercard dan pembelian anda, anda mesti menghubungi bank pengeluar anda atau saudagar penyertaan. Maklumat lanjut mengenai cara untuk menghubungi mereka boleh didapati di laman web mereka masing-masing.